Tentang : Pengetahuan: Teknologi Jam Tangan Bhg 2
Apa yang terjadi : Pengetahuan: Teknologi Jam Tangan Bhg 2
Pengetahuan: Teknologi Jam Tangan Bhg 2
Jam Mekanikal: Anti-Magnetism
Balance wheel pada movement jam pada awalnya diperbuat dari logam. Ia terdedah pada kesan ”magnet” di persekitaran kita yang menyebabkan pergerakkan balance wheel terganggu dan pastinya akan menyebabkan jam menjadi kurang tepat. Seorang saintis German yang bernama Milgaus telah mengenalpasti kesan medan magnet pada jam tangan ketika dia berada di dalam sebuah lombong arang batu. Beliau mengalami masalah pada jam tangan yang digunakan ketika itu dan ini mencetuskan idea untuk penciptaan jam tangan “anti-magnetic”. Beliau mengskalakan (scale) kesan tarikan magnet ini sebagai amps. Semakin tinggi amps, semakin tinggi ganguan pada balance wheel. Sebagai menghargai jasa beliau, nama beliau telah menjadi tema kepada jam Rolex – “Rolex Milgaus”. Walaupun sudah dikeluarkan versi baru (sejak 2008 oleh Rolex) jam vintage Rolex Milgaus (produksi awal sehingga 1984) sukar didapati dan harganya melambung tinggi. Bentuknya seperti jam “Rolex Explorer”.
Teknologi anti-magnet ini agak simple. Balance wheel yang diperbuat dari logam digantikan dengan bahan “alloy” yang bersifat anti-magnet. Ada juga movement yang di tutup oleh “alloy plate” atau “alloy jacket” sebagai penebat yang lebih tinggi terhadap tarikan magnet. Yang tertinggi setakat ini adalah jam IWC Ingenieur keluaran terbaru. Disamping dilengkapi alloy jacket jam IWC ini juga menggunakan bahan “anti-magnetic soft iron” pada dial jam sebagai penebat magnet yang optimum. Anda akan dapati banyak jam-jam tangan vintage memaparkan perkataan “Anti-Magenetic” pada dial jam.
Jam Mekanikal: Water-Resistance
Hari ini, kebanyakan jam tangan adalah kalis-air atau “water-proof”. Namun penggunaan terma water-proof tidak lagi diterima oleh industri sebagai standard. Penggunaan terma “Water Resistance” diterima sebagai spesifikasi kalis-air. Jam kalis-air mula tercipta pada awal 1950an. Antara jenama yang terawal mengadaptasikan teknologi ini adalah Rolex Submariner, Omega Seamaster, dan Blancpain Fifty-Fathom. Ia menggunakan “gasket” getah atau “rubber gasket” yang dipasang pada penutup jam, di “crown stem”, "stem pipe", “pusher”, atau di mana-mana bahagian jam yang terdedah kepada “water ingression” atau “water slippage” yang menyebabkan jam dimasuki air. Jam water-resistance di kira pada kesan ketahanan (resistance) air pada tahap kedalaman di dalam air (khususnya jam penyelam) ataupun ketika berenang di permukaan air. Teknologi water-resistance kini menjadi satu defacto standard pada pembuatan jam-jam moden. Anda akan dapati kiraan resistance ATM, meter, dan feet(kaki) pada jam-jam penyelam (diver/scuba) bergantung kepada tahap ketahanan mengikut kedalaman jam boleh digunakan di dalam air.
Jam Tangan Mekanikal: Hand-winding atau Manual-Winding
Jam tangan mekanikal “hand-winding” atau “manual-winding” dan dalam Bahasa Malaysia lebih dikenali sebagai “jam kunci” menggunakan elemen yang sama dengan apa yang diasaskan oleh Thomas Mudge pada tahun 1759. Jam kunci mempunyai 3 elemen:
(1) sumber kuasa jam dari “main spring” di dalam barrel
(2) sejumlah gear atau wheels – train wheels dan “transmission wheels”, dan
(3) “regulating mechanism” yang mengandungi “balance wheel”, "hair-spring", dan "escapement".
Apabila jam dikunci menggunakan “crown” (juga dipanggil “winder”), ia akan memutar main spring di dalam barrel menerusi train wheels. Seterusnya barrel akan menggerakkan transmission wheels yang kemudiannya menggerakkan “second wheel” yang diintegrasikan bersama “minute wheel” dan “hour wheel”. Ada pula diintegrasikan dengan “calendar wheel” untuk menunjukkan haribulan. Apa yang penting bagi jam kunci adalah kawalan terhadap transmisi kuasa dari barrel ke gear-gear yang lain bagi mengerakkan balance wheel untuk tidak terlalu laju atau perlahan.
Enjin jam kunci, tiada Rotor plate sepertimana terdapat pada jam automatic.
Jam Tangan Mekanikal: Self-winding atau Automatic
Jam tangan mekanikal “self-winding” atau automatik menggunakan prinsip dan elemen yang sama seperti jam kunci. Cuma ia tidak dikunci, tetapi digerakkan oleh “rotor” yang berbentuk piring seperti kipas. Ia mengunci main spring di dalam barrel melalui “winding system” yang diintegrasikan pada rotor. Apabila tangan pemakai bergerak, rotor akan bergerak memusing untuk mengunci barrel secara automatik.
Jam tangan self-winding mula dicipta pada tahun 1923 oleh John Harwood. Idea asal jam self-winding datang dari Abraham-Louis Perrelet pada tahun 1770 untuk jam poket telah diadaptasikan oleh Harwood. Disebabkan tiada pengeluar jam di England berminat, Harwood telah mempatenkan ciptaannya di Switzerland dan mengeluarkan jam jenama sendiri pada tahun 1929. Idea Harwood dengan cepatnya telah digunapakai oleh Rolex Watch Company. Pada tahun 1931, Rolex telah mengeluarkan jam self-winding yang digelar Rolex Perpetual. Rolex dan Harwood adalah antara jenama jam automatic yang terawal di pasaran. Jam Harwood lebih unik, tiada crown!
John Harwood dan Rolex, pengeluar awal jam automatic.
Jam Harwood tiada crown. Enjin jam Rolex Automatic, antara yang paling baik di dunia.
Demikianlah Artikel Pengetahuan: Teknologi Jam Tangan Bhg 2
Sekian dari kami, mudah mudahan artikel Pengetahuan: Teknologi Jam Tangan Bhg 2, bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sekian postingan dari kami . salam Ayo Hidup Sehat !! .
Anda sedang membaca artikel Pengetahuan: Teknologi Jam Tangan Bhg 2 dan artikel ini url permalinknya adalah http://anekajam-onlinestore.blogspot.com/2010/04/pengetahuan-teknologi-jam-tangan-bhg-2_14.html
Artikel jam Terbaru Lainnya jamn,Pengetahuan: Teknologi Jam Tangan Bhg 2
arloji, daftar merk, jam, jam tangan, jamtangan, jual jam tangan, alexander christie, alexandre christie, jam tangan replika, replika jam, jual jam tangan kw1, kw 1, JAM RANTAI, JAM KULIT, JAM TANGAN MURAH, HARGA JAM TANGAN, TOKO JAM TANGAN ONLINE, JAM TANGAN REPLIKA MURAH, JAM TANGAN PRIA DAN WANITA, JAM TANGAN COUPLE, JAM TANGAN SPORT, JAM TANGAN GAUL, jam monol, jam tangan ripcurl, jam tangan rip curl, jam swatch, jam tag heuer, jam tangan eiger, gambar jam tangan, harga g-shock, jam tangan fossil, jam tangan odm, swiss army, jam tangan original, jam guess, jam casio, casio , jam kw, jam tangan guess, jam tangan handphone, replika jam tangan, jam tangan tissot, jamtangan replika, merk terkenal, dijual jam tangan, JAM TANGAN MONOL, JAM CASIO MURAH, alexander, alexander christie, monol, ripcurl, swatch, heuer, eiger, g-shock, fossil, odm, swiss army, guess, tissot, jam tangan, arloji, jam tangan mekanik, jam tangan manual, manual winding, jam tangan otomatis, jam tangan automatic, arloji kuno, arloji antik, arloji vintage, jual jam tangan, jual arloji, jual jam tangan rolex, tudor, breitling, omega, patek philip, omega, enicar, eterna, rado, mido, seiko, seiko bellmatic, seiko chronograph, titoni, titus, tissot, citizen, ricoh, orient, bulola, fortis, iwc, longines, nelson, garuda, swatch, universal, vulcain, vostok, poljot, raketa, rusia, pontiac, cyma, camy, west end watch, roamer, cortebert, sandoz, swiss made, jewels, chronometer, chronograph
0 Response to "Pengetahuan: Teknologi Jam Tangan Bhg 2"
Posting Komentar