Tentang : Pengetahuan: Teknologi Jam Tangan Bhg 3
Apa yang terjadi : Pengetahuan: Teknologi Jam Tangan Bhg 3
Pengetahuan: Teknologi Jam Tangan Bhg 3
Jam Tangan Electric dan Electro-Mechanical
Pada tahun 1952, Fred Lip, pengeluar jam dari Perancis telah mencipta prototype untuk jam berkuasa bateri. Bekerjasama dengan Elgin Company USA, Lip telah cuba untuk mengeluarkan jam electric namun hanya berberapa sahaja berjaya dikeluarkan. Asalnya, jam electronic yang menggunakan “transistorized circuit” telah dicipta oleh jurutera Switzerland yang bernama Max Hazel. Namun kerana tiada sokongan di Switzerland, beliau telah bekerjasama dengan Bulova USA. Maka terhasillah jam “Tuning Fork” yang pernah mendapat sambutan di tahun 70an. Jam tersebut menggabungkan operasi electric dan mekanikal atau “Electro-mechanical”. Setelah Bulova, Citizen, Seiko dan Rolex juga mengeluarkan electro-mechanical movement mereka sendiri. Bulova amat terkenal dengan model “Accutron”, Citizen dengan “Cosmotron” dan yang paling dicari oleh pengumpul jam Rolex adalah model "Rolex Oysterquartz".
Jama electro-mechanical ini menggunakan bateri sebagai sumber kuasa yang menggerakkan “oscillator” atau “balance wheel”. Ia menggantikan barrel pada jam mekanikal. Seterusnya, dari oscillator, train-wheel akan memacu pergerakkan gear saat, minit, jam, dan haribulan. Berbeza dengan balance wheel, model Bulova Accutron menggunakan tuning fork yang mengguna prinsip yang sama, Cuma bentuknya bukan bulat seperti balance wheel tetapi 2 batang besi berbentuk seperti garpu (fork) yang bertentangan akan berpusing mengikut “charge” negatif dan positif dari arus elektrik yang disalurkan dari batteri. Pergerakkan tuning fork dan balance wheel inilah yang mentransmisikan pergerakkan jam.
Berbeza. Citizen menggunakan balance wheel sementara Bulova (gambar kecil) menggunakan “tuning fork”.
Rolex Oysterquartz, jam yang sukar diperolehi.
Perjalanan jarumnya seperti jam quartz dikenali sebagai“dead-beat second”.
Jam Tangan Electric dan Kawalan Radio
Di awal tahun 80an, sebuah firma German – Junghans telah mencipta “radio controlled clock” yang beroperasi dengan transmisi “time signal” dari pemancar radio yang terletak di Rugby, England, Fort Collins di Colorado USA, Nagasaki di Jepun dan Frankfurt di German. Signal yang di hantar dari pemancar radio ke jam-tangan mengikut frekuensi tertentu membolehkan waktu pada jam tangan dikawal mengikut kiraan masa, haribulan, dan juga tahun lompat. “Receiver” atau penerima di dalam jam menerima signal dan diaktivasikan setiap jam. Jam Junghans menggunakan penunjuk masa analog dan digital.
Junghans dari negara German, pelopor jam kawalan radio.
Jam Tangan Electric dan Quartz
Pada awal kewujudan jam electric, beberapa pengeluar jam di Switzerland telah bersatu untuk mengeluarkan dana untuk “Research & Development” bagi membina “Quartz Oscillator”. “The Centre for Electric Horology” yang berpengkalan di Neufchatel telah mengeluarkan enjin jam quartz yang pertama dipanggil “Beta I”. Ia memenangi tempat pertama di pertandingan yang dianjurkan pusat tersebut sementara Seiko - pengeluar dari Jepun mendapat tempat kedua. Seiko bukanlah asing dalam bidang “horology technology”. Setelah mengeluarkan beberapa alat “quartz chronometer” di sukan Olimpik 1964, Seiko tampil dengan jam tangan “quartz” pertama dunia yang dinamakan “Seiko Astron” pada tahun 1968. Hasil penciptaan Seiko, banyak pengeluar mengeluarkan jam tangan quartz sehinggalah ke hari ini.
Seperti jam mekanikal, jam quartz mempunyai sumber kuasa, “regulator”, dan sistem penunjuk masa sama ada analog ataupun digital. Sumber kuasanya adalah bateri dan arusnya disalurkan ke “integrated circuit” yang di dalamnya terdapat “quartz oscillator”. Kemudian regulator yang menerima getaran dari quartz oscillator mengeluarkan “impulse” untuk menggerakkan jam melalui penggunaan gear atau wheels yang minimum. Gear atau wheels ini juga mempunyai jewels! (1 hingga 11 jewels). Oscillator jam quartz diperbuat dari “peizoelectric quartz crystal” yang dipotong menggunakan laser (laser cut) mengikut saiz tertentu bagi mengeluarkan frekuensi pada 32,768Hz apabila dicaj arus elektrik. “Stepping motor” yang diintegrasikan pada oscillator seterusnya mengubah frekuensi kepada impulse yang memacu pergerakan jam. Bateri jam yang digunakan sekarang adalah dari jenis “silver oxide” ataupun jenis “lithium” yang tahan lebih lama.
Seiko Astron, dilancarkan tahun 1968. Jam tangan quartz pertama di dunia.
Kebanyakkan jam SWISS seperti TAG Heuer, Omega, Tissot, dan Longines jenis model quartz menggunakan engine ETA.
Jam Tangan Digital Display
Ketika negara barat berlumba-lumba untuk menghantar manusia ke bulan, program-program pembangunan kapal angkasa telah mencipta “electronic console” untuk panduan pengendalian penerbangan. Tercipta juga mesin kira atau “calculator” yang menggunakan “electronic display” yang menggunakan “diod” yang memaparkan nombor secara secara electronic. Pada awal 70an, pemapar “liquid crystal display atau LCD” telah tercipta dan setelah itu saiz pemapar digital ini semakin diperkecil. Disamping kemajuan “integrated circuit atau IC” yang juga ikut mengecil (miniaturized), mesin kira turut menjadi kecil. Kedua-dua teknologi ini telah digabungkan oleh Citizen untuk membuat jam meja LCD pertama di dunia. Kemudian, teknologi LCD digunakan pula untuk jam tangan Citizen. Teknologi ini semakin berkembang, canggih, dan memenuhi pasaran di serata dunia sehingga kini.
Jam digital menggunakan bateri sebagai sumber kuasa, IC yang diprogramkan, “electronic regulator”, dan pemapar (display) waktu. Di bawah LCD yang kelihatan lutsinar atau “crystalized clear”, terdapat electro-plate yang mana apabila disalurkan arus elektrik akan menyebabkannya bertukar warna kepada “dark chrome”. Jika dinyah-arus, ia kembali kepada keadaan lutsinar. Asas ini membentuk paparan nombor-nombor digital pada jam bagi menunjukkan catatan waktu contohnya 10:35:45 am (jam 10 tiga puluh lima dan 45 saat, pagi. Electronic regulator yang memacu kiraan masa adalah dari IC yang diprogramkan untuk yang mengawal sejumlah electro-plate yang memaparkan nombor atau karaktor di bawad panel LCD.
Kini, jam tangan digital display semakin canggih dan mempunyai pelbagai fungsi selain dari menunjukkan masa dan haribulan. Ada fungsi chronograph/stop-watch, timer, worldtime, altitude, barometer, temperature, GPS (global positioning system), dan macam-macam lagi fungsi yang dipandu oleh penggunaan program electronic seperti komputer.
Jam tangan digital display. Paparan LCD dan penunjuk masa – simple!
Jam Tangan Kinetik
Seiko bukanlah pengeluar teknologi jam yang baru. Seiko dikagumi oleh pengeluar jam tangan Swiss kerana teknologi engine jamnya yang pelbagai dan berketepatan tinggi. Contohnya, engine Seiko Chronograph automatiknya adalah yang pertama menggunakan “column wheel” yang mana kini menjadi ikutan pembuat “chronograph movement” dari Switzerland. Begitu juga dengan engine Seiko “Hi-Beat 36000” yang kebanyakkannya digunakan untuk model elit “Grand Seiko” atau “King Seiko”. Ia adalah satu daripada dua engine yang mempunyai getaran atau “beat” balance wheel pada tahap 36,000vph (vibration per hour) atau bph (beat per hour). Yang satu lagi adalah engine Zenith “El-Primero”. Sehingga kini, tiada engine jam lain yang dapat menandingi kedua-dua engine ini.
Setelah mencipta jam tangan quartz, Seiko telah membangunkan semula teknologi electro-mechanical dengan menggabungkan komponen jam quartz dengan mekanikal. Maka lahirlah jam tangan “Kinetic”. Movement jam kinetic tidak seperti jam automatik. Seperti jam quartz, ia menggunakan bateri. Dua bateri, satu “primary battery” dan satu lagi “secondary battery”. Cuma, penjanaan kuasa datang dari rotor yang menggunakan konsep sama dengan jam automatik. Rotor yang diintegrasikan dengan alatan electronic yang bersifat seperti “dynamo” akan mengecaj (charging) “secondary battery" yang bertindak sebagai “reservoir” yang menyimpan tenaga electric. Seterusnya, tenaga tersebut disalurkan kepada “primary battery” yang memacu pergerakan jam melalui “integrated circuit” yang sama seperti jam quartz. Ini adalah versi pertama “Seiko Kinetic”, kini (sejak penghujung 2008) versi terbaru engine kinetic cuma menggunakan satu bateri jenis “lithium” yang menerima caj dari rotor dan terus memacu pergerakkan jam. Teknologi ini dipanggil “Direct-Drive”. Jam “Kinetic Direct-Drive” boleh dikunci (guna Crown) untuk menambah semula kuasa pacuan jam. Ia juga membolehkan pemakai mengetahui jumlah kuasa simpanan jam (Power Reserve) melalui kaunter petunjuk kuasa.
Seiko Kinetik movement. Gabungan teknologi electronic dan mekanikal.
Jam Tangan Kuasa Cahaya (Light-powered)
Selain Seiko, Citizen adalah pengeluar jam dari negara matahari terbit yang tidak kurang hebatnya dari segi penciptaan teknologi horology. Di era 70a, engine chronograph Citizen mempunyai getaran pada 6v/bps (vibration/beat per second) atau 21,600v/bph. Lebih tinggi dari engine Seiko Chronograph 6139/6138 yang hanya pada 5v/bps ata 18,000v/bph. Selepas menghasilkan engine electro-mechanical “Cosmotron” yang menyaingi kehebatan Bulova “Accutron”, Citizen mengorak langkah dengan menkaji dan membangunkan jam electric.
Citizen mengambil pendekatan berbeza. Jika Seiko menggunakan alatan mekanikal untuk mengecaj bateri bagi memacu pergerakkan jam, Citizen menggunakan tenaga cahaya. Samada cahaya matahari atau cahaya lampu, ia mampu menjana tenaga jam tangan dengan menggunakan “electro photo cell” yang terletak di bawah dial jam tangan. Electro photo cell mampu menyerap dan mengumpul tenaga dari cahaya (negative & positive charge). Untuk memudahkan cahaya menembusi dial, Citizen telah menggunakan teknologi pembuatan"ceramic" yang canggih dimana ia mampu ditembusi cahaya! Hebat! Tenaga yang diserap oleh electro photo cell seterusnya di alirkan ke dalam bateri yang diperbuat dari bahan lithium yang bertindak sebagai “resevoir” yang menyimpan dan membekal kuasa untuk memacu pergerakan jam seperti jam quartz.
Eco-Drive. Guna cahaya untuk membentuk tenaga jam tangan. Mengurangkan penggunaan bateri yang boleh mencemarkan alam sekitar (ecology).
"Teknologi jam dan rekabentuk semakin canggih, poket aku jeh yang tak canggih-canggih... beli jam vintage je lah. Kalau takde teknologi yang lama, mana nak ada yang baru! He he he ...". kata hati ku.
Demikianlah Artikel Pengetahuan: Teknologi Jam Tangan Bhg 3
Sekian dari kami, mudah mudahan artikel Pengetahuan: Teknologi Jam Tangan Bhg 3, bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sekian postingan dari kami . salam Ayo Hidup Sehat !! .
Anda sedang membaca artikel Pengetahuan: Teknologi Jam Tangan Bhg 3 dan artikel ini url permalinknya adalah http://anekajam-onlinestore.blogspot.com/2010/04/pengetahuan-teknologi-jam-tangan-bhg-3_15.html
Artikel jam Terbaru Lainnya jamn,Pengetahuan: Teknologi Jam Tangan Bhg 3
arloji, daftar merk, jam, jam tangan, jamtangan, jual jam tangan, alexander christie, alexandre christie, jam tangan replika, replika jam, jual jam tangan kw1, kw 1, JAM RANTAI, JAM KULIT, JAM TANGAN MURAH, HARGA JAM TANGAN, TOKO JAM TANGAN ONLINE, JAM TANGAN REPLIKA MURAH, JAM TANGAN PRIA DAN WANITA, JAM TANGAN COUPLE, JAM TANGAN SPORT, JAM TANGAN GAUL, jam monol, jam tangan ripcurl, jam tangan rip curl, jam swatch, jam tag heuer, jam tangan eiger, gambar jam tangan, harga g-shock, jam tangan fossil, jam tangan odm, swiss army, jam tangan original, jam guess, jam casio, casio , jam kw, jam tangan guess, jam tangan handphone, replika jam tangan, jam tangan tissot, jamtangan replika, merk terkenal, dijual jam tangan, JAM TANGAN MONOL, JAM CASIO MURAH, alexander, alexander christie, monol, ripcurl, swatch, heuer, eiger, g-shock, fossil, odm, swiss army, guess, tissot, jam tangan, arloji, jam tangan mekanik, jam tangan manual, manual winding, jam tangan otomatis, jam tangan automatic, arloji kuno, arloji antik, arloji vintage, jual jam tangan, jual arloji, jual jam tangan rolex, tudor, breitling, omega, patek philip, omega, enicar, eterna, rado, mido, seiko, seiko bellmatic, seiko chronograph, titoni, titus, tissot, citizen, ricoh, orient, bulola, fortis, iwc, longines, nelson, garuda, swatch, universal, vulcain, vostok, poljot, raketa, rusia, pontiac, cyma, camy, west end watch, roamer, cortebert, sandoz, swiss made, jewels, chronometer, chronograph
0 Response to "Pengetahuan: Teknologi Jam Tangan Bhg 3"
Posting Komentar