Tentang : Made in Germany, Miyota Japan dan Miyota Copy
Apa yang terjadi : Made in Germany, Miyota Japan dan Miyota Copy
Made in Germany, Miyota Japan dan Miyota Copy
Miyota Japan
Seperti saya poskan di artikel sebelum ini, Miyota adalah merupakan pengeluar movement jam tangan yang terbesar di dunia. Di ikuti oleh ETA Montres SA dan Ronda SA dari Switzerland. Miyota, syarikat bersekutu Citizen Watch Corporation dari Jepun adalah pemangkin kepada pengeluaran-pengeluaran jam tangan designer dan sukan seperti Adidas, Puma, Lacoste, Elle, BUM Equipment, DKNY, Emporio Armani, Kenneth Cole, Timberland, Police, dan pelbagai lagi jenama yang memenuhi ruang pameran di kedai-kedai jam. Bukan setakat itu, Casio turut menggunakan movement Miyota Quartz Analog yang diintegrasikan dengan teknologi sendiri untuk model Edifice. Chronoforce, jenama jam sport chronograph bergantung sepenuhnya dengan Miyota. Begitu juga, jenama dari U.S.A. seperti Invicta. Jenama dari Switzerland seperti Jaques Lemans turut menggunakan movement Miyota untuk siri Formula 1 nya. Jenama Solvil et Titus dan Titus turut menggunakan movement Miyota sepenuhnya untuk model keluaran sekitar Asia Timur. Jam Solvil et Titus dan Titus yang menggunakan movement ini adalah untuk pasaran lower dan upper-lower market dan boleh didapati di semua rangkaian kedai City Chain di Asia Tenggara.
Glashutte - Made in Germany
Negara Jerman adalah tempat asal di mana lahirnya teknologi pembuatan jam (horology) dunia seawal abad ke 18. Banyak nama-nama besar dikalangan bangsa Yahudi yang merintis ciptaan teknologi horology yang begitu mahir dibidang "precision engineering" – fizik dan mekanik. Perkembangan teknologi horology telah dimigrasikan oleh bangsa ini hingga membawa kepada wujudnya beberapa tempat di Eropah yang dikenali sebagai pusat-pusat pembuatan jam seperti di England U.K., Florence Itali, Moscow Russia, dan beberapa bandar di Switzerland seperti Geneva, Le Locle, Schaffhausen, Neuchatel, Bienne, dan Besel. Di sebalik penghijrahan dan pengusiran di zaman pemerintahan Nazi pimpinan Adolf Hitler, bandar Glashutte di negara Jerman masih bertahan sehingga hari ini dan meneruskan tradisi yang sudah beratus tahun lamanya sebagai pusat pembuatan jam elit di Jerman dan Eropah.
Jika jam elit Switzerland mengkesampingkan (associated) nama bandar tempat jam dikeluarkan bersama jenama mereka (brand association) seperti Patek Philippe Geneva, Rolex Geneva, Tissot Le Locle, IWC Schaffhausen, dan Zeno Watch Besel; satu-satunya elit dari Jerman datangnya dari bandar Glashutte. Hanya pengeluar-pengeluar dari bandar ini sahaja yang membuat dan mengeluarkan segala bahagian-bahagian jam sendiri – haute horlogerie mengikut istilah horology. Ada empat jenama dari Glashutte yang terkenal di dunia – A. Lange & Sohne, Muhle Glashutte, Union Glashutte dan Original Glashutte. Standard pengeluaran jam-jam jenama ini adalah setanding dan mungkin lebih bagus dari jenama dari Switzerland.
Sinn, jenama Jerman yang turut menempa nama di persada pembuatan jam-jam moden tidak kurang hebatnya. Ia berpengkalan di Frankfurt. Begitu juga Limes, Shaumberg, Junkers, Zeppelin, Trias, Aeromatics, dan beberapa jenama pengeluar dari Jerman yang lain.
Sinn, Made in Germany bergantung sepenuhnya pada movement ETA dan Lemania
Made in Germany – Miyota Movement?
Tidak seperti pengeluar Switzerland. SWISS MADE dan SWISS MOVT adalah dua tanda keluaran (production marking) yang berbeza. Segalanya dikeluarkan di Switzerland ditanda sebagai SWISS MADE. Manakala SWISS MOVT adalah keluaran yang menggunakan movement dari Switzerland tetapi dikeluarkan di negara lain. Pengeluar-pengeluar dari Glashutte mengkesampingkan perkataan Glashutte dan MADE IN GERMANY pada setiap model keluaran mereka. Jenama dari negara Jerman lain kebanyakannya menggunakan movement ETA, Ronda, Poljot, Miyota, dan yang terbaru menggunakan movement "Miyota Copy" yang dibuat di negara China. Namun, jenama-jenama ini turut menggunakan brand tanda keluaran MADE IN GERMANY!!! Ada pula menggunakan tanda keluaran GERMAN QUALITY pada rotor plate atau penutup jam.
Ini kita boleh dapati pada jam mekanikal jenama Trias, Aeromatics, Junkers, Zeppelin, dan beberapa model lagi. Namun bukan semua model dari jenama-jenama tersebut menggunakan movement Miyota Copy sepenuhnya yang diperbuat di negara China. Mungkin hanya pada model untuk pasaran lower dan lower-middle market. Harga retail yang ditawarkan biasanya antara RM600 hingga ke RM800. Kebanyakan model yang mahal (middle to upper market – RM1,000 ke atas) dari jenama-jenama ini menggunakan movement mekanikal dan quartz dari ETA, Ronda dan Miyota Japan.
Trias, menggunakan movement Unitas 6497 yang asal
Made in Germany – Miyota Copy Made in China
Negara China mempunyai jenama tempatan yang tidak berapa diketahui dunia. SWI (Shanghai Watch International) yang berpusat di Shanghai adalah jenama yang telah wujud lebih satu abad yang lalu. Jam-jam mekanikal keluaran SWI hanya untuk pasaran tempatan dan antara pengguna jenama ini yang terkenal adalah Chairman Mao Tze Tung yang merevolusikan pemerintahan komunis di negara China. Ini membuktikan bahawa negara China sudah lama mempelopori teknologi horologi. Pengaruh ini datang dari negara jiran yang berfahaman komunis pada era awal 1900 – USSR/Rusia era Soviet Union. Kini, negara China sebagai sebuah kuasa ekonomi dunia sudah maju dan mampu membuat apa sahaja teknologi yang dipelopori oleh negara barat termasuk pembuatan jam seperti SWI, Shanghai, Peking, dan Seagull. Tidak terkecuali, "teknologi ciplak" yang mirip pada pembuatan movement mekanikal asal seperti ETA dan Miyota.
Trias, model "Paragon" yang menggunakan movement Miyota Copy berkualiti tinggi dari negara China
Memandangkan kos pembuatan movement-movement jam tangan mekanikal dari negara China agak murah, banyak pengeluar-pengeluar jam tangan dari serata dunia menggunakan movement yang mirip kepada ETA dan Miyota. Movement-movement ini mempunyai kualiti yang bagus berbanding movement yang digunakan untuk jam-jam tiruan. Apa yang pasti assembly unit movement in kemas, setiap jewel cap diisi minyak (oiling), lebih kukuh, regulator yang efficient, dan berfungsi baik. Jika dilihat dari mata kasar, tidak banyak beza dengan movement yang ada pada jenama tiruan. Movement mekanikal ini mirip Miyota/Citizen 6200/6206, Miyota 8215, ETA 2836 variant, ETA 2824 variant, ETA 2892 variant, Unitas 6497/6498, Poljot 31xx, Lemania 5100, dan Valjoux variant.
Arbutus New York. Menggunakan Miyota Copy grade yang sama pada Trias model murah.
Kesimpulan
Konsep “production outsourcing dan overseas operation” yang diterimapakai oleh pengeluar-pengeluar jam tangan dunia ketika ini membolehkan pengeluar menurunkan kos pengeluaran. Banyak jenama-jenama “watchmaker” yang mempraktikkan konsep pengeluaran ini. Casio, Seiko, dan Citizen adalah antara jenama Jepun yang sudah lama mengeluarkan jam-jam tangan mereka di negara luar seperti Malaysia, Singapura, Thailand, China dan India. ETA Switzerland juga pernah membuat "ebouches assembly" di Malaysia dan Thailand. Begitu juga Miyota dan Ronda. Bagi pengeluar-pengeluar jam tangan, ini memberi kelebihan dari segi "market positioning". Mereka boleh menawarkan pelbagai model mengikut kemampuan pasaran. Sebagai contoh, Seiko model elit yang berharga tinggi hanya dibuat sepenuhnya di Jepun. Model pertengahan kebanyakkannya di assemble di China, Malaysia, Singapura dan di beberapa negara di Eropah dan Amerika Latin. Untuk peminat dan pembeli, ia memberi peluang untuk memiliki sesebuah jam tangan mengikut model dan harga yang ditawarkan. Semuanya mengikut acuan dan kualiti pihak pengeluar mengikut model dan harga tawaran. Cuma yang paling berbeza dari segi kos dan kualiti adalah jam tiruan.
Casio Edifice, jam tiruan namun menggunakan movement Miyota OS10 yang asli
“Laa... apa ke he nya diorang nak bikin jam replika Trias yeop? Mana ada. Buang tebiat ke. Bikin la replika Rolex, Patek Philippe, Oris ke... baru boleh jual. Tapi yeop, jam Casio Edifice banyak replika. Sama. Hmhhh... padan muka Casio. Sapa suruh bukak kilang kat negara China. Kan dah kena ciplak... lumrah pasaran. Ada demand, ada la supply. Tepuk poket, tanya la selera. Minat masing-masing.”
Demikianlah Artikel Made in Germany, Miyota Japan dan Miyota Copy
Sekian dari kami, mudah mudahan artikel Made in Germany, Miyota Japan dan Miyota Copy, bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sekian postingan dari kami . salam Ayo Hidup Sehat !! .
Anda sedang membaca artikel Made in Germany, Miyota Japan dan Miyota Copy dan artikel ini url permalinknya adalah http://anekajam-onlinestore.blogspot.com/2011/01/pendapat-made-in-germany-miyota-japan.html
Artikel jam Terbaru Lainnya jamn,Made in Germany, Miyota Japan dan Miyota Copy
arloji, daftar merk, jam, jam tangan, jamtangan, jual jam tangan, alexander christie, alexandre christie, jam tangan replika, replika jam, jual jam tangan kw1, kw 1, JAM RANTAI, JAM KULIT, JAM TANGAN MURAH, HARGA JAM TANGAN, TOKO JAM TANGAN ONLINE, JAM TANGAN REPLIKA MURAH, JAM TANGAN PRIA DAN WANITA, JAM TANGAN COUPLE, JAM TANGAN SPORT, JAM TANGAN GAUL, jam monol, jam tangan ripcurl, jam tangan rip curl, jam swatch, jam tag heuer, jam tangan eiger, gambar jam tangan, harga g-shock, jam tangan fossil, jam tangan odm, swiss army, jam tangan original, jam guess, jam casio, casio , jam kw, jam tangan guess, jam tangan handphone, replika jam tangan, jam tangan tissot, jamtangan replika, merk terkenal, dijual jam tangan, JAM TANGAN MONOL, JAM CASIO MURAH, alexander, alexander christie, monol, ripcurl, swatch, heuer, eiger, g-shock, fossil, odm, swiss army, guess, tissot, jam tangan, arloji, jam tangan mekanik, jam tangan manual, manual winding, jam tangan otomatis, jam tangan automatic, arloji kuno, arloji antik, arloji vintage, jual jam tangan, jual arloji, jual jam tangan rolex, tudor, breitling, omega, patek philip, omega, enicar, eterna, rado, mido, seiko, seiko bellmatic, seiko chronograph, titoni, titus, tissot, citizen, ricoh, orient, bulola, fortis, iwc, longines, nelson, garuda, swatch, universal, vulcain, vostok, poljot, raketa, rusia, pontiac, cyma, camy, west end watch, roamer, cortebert, sandoz, swiss made, jewels, chronometer, chronograph
0 Response to "Made in Germany, Miyota Japan dan Miyota Copy"
Posting Komentar