Seiko Bukan Lagi Pilihan Ramai

Seiko Bukan Lagi Pilihan Ramai - Hallo sahabat jAM, Pada kali ini kita memberikan info menarik tentang jam yang berjudul Seiko Bukan Lagi Pilihan Ramai, saya telah menyediakan artikel artikel menarik tenatang jam tentunya mudah-mudahan isi postingan yang saya tulis ini dapat anda memberikan maanfaat bagi yang membacanya.

Tentang : Seiko Bukan Lagi Pilihan Ramai
Apa yang terjadi : Seiko Bukan Lagi Pilihan Ramai

lihat juga


Seiko Bukan Lagi Pilihan Ramai


"Aku suka perhatikan jam kat tangan orang! Kalau duduk kat kedai mamak, restoran, dalam bilik mesyuarat, dan memana tempat yang rasanya mata aku tertarik pada jam kat tangan orang sure aku perhati design dan jenama yang dipakai. Ini sumber utama bila aku buat kajian dan analisa pasal pasaran jam untuk golongan pertengahan dan bawahan - macam aku lah! Jangan tanya la kalau golongan atasan ataupun elit. Jam diorang sama harga dengan harga kereta aku! Hisshh... Kat kedai jam, biasa lah... aku memang suka interview taukeh, supervisor, ataupun salesman yang bertugas. Ramai yang aku kenal - buat kawan dan bertukar pandangan. Jam mana laris, yang mana slow-moving, yang mana trend baru, movement, harga, margin, diskaun... aku tanya. Memang dunia horology ni mengasyikkan. Kita boleh buat primary research untuk sesuatu topik dengan mendekati pasaran itu sendiri. Sejak pertengahan tahun 2010, aku dah mula buat kajian dan analisa... kenapa jam tangan jenama Seiko tidak lagi menjadi pilihan ramai di Malaysia. Jam baru. Bukan jam lama atau vintage! Ikuti analisa dan pendapat aku tentang jenama terkenal dari negara matahari terbit ni. Kepada peminat jenama Seiko... setuju atau tidak, ini adalah pendapat aku secara peribadi dan berdasarkan maklumat yang aku perolehi dari pasaran."

Mengapa Seiko? Mengapa bukan Citizen, Casio, atau Orient? Ini adalah soalan pokok yang perlu dijawab sebelum aku mulakan kajian. Aku memilih Seiko kerana aku rasakan banyak perubahan pada pesaing-pesaingnya dari Jepun dan pelbagai jenama jam tangan lain yang tumbuh macam cendawan lepas hujan sejak sedekad yang lalu. Fokus analisa aku cuma untuk pasaran jam tangan kelas pertengahan (middle class market). Input untuk analisa datang dari soal jawab secara persendirian dengan pemilik, jurujual, mahupun pengurus dan penyelia kedai-kedai jam di sekitar Kuala Lumpur; soal jawab dengan sahabat peminat dan pengumpul jam tangan yang aku kenali; dan soal jawab secara rambang dengan ramai orang yang hanya tahu memakai jam! Semuanya merupakan primary input. Dari input yang terkumpul hampir setahun lamanya, aku ringkaskan analisa seperti di bawah. Skop analisa ini hanya tertumpu kepada aspek rekabentuk jam tangan, saiz, jenama pesaing, harga, dan trend pasaran semasa. Ia tidak melibatkan sebarang aspek teknikal jam tangan Seiko mahupun jenama-jenama pesaingnya.  

"Brader, ini jam tangan ke jam dinding?". Itu lah soalan yang selalu aku terima dari kawan-kawan di sekitar tahun 2002 dulu bila aku mula-mula pakai jam bersaiz 44mm. Memang besar kalau banding dengan pergelangan tangan aku yang tidaklah kecil dan tidaklah besar. Kira sedang-sedang la kut. Kalau peminat tegar jenama Panerai, di laman paneristi.com, taglinenya berbunyi - Big is Beautiful! Jam bersaiz besar kini sudah menjadi satu trend. Jam tangan bersaiz 38mm hingga 40mm sudah dikira jam unisex. Kini tiada lagi istilah boy size untuk jam bersaiz kecil. Barangkali dikira children size! Begitulah trend jam tangan terkini. Samada jenama pembuat jam (watchmakers' brand) ataupun jenama designer (designers' brand), kebanyakannya mengeluarkan jam tangan yang bersaiz besar antara 40mm hingga ke 46mm. Bahkan ada yang menjangkau diameter bersaiz 52mm! Berbanding dengan jam tangan Seiko, kebanyakan jamnya bersaiz sederhana antara 36mm hingga 42mm. Ini adalah salah satu sebab mengapa jam tangan Seiko kurang menjadi pilihan.

Kebanyakan jam tangan terbaru yang memenuhi ruang pameran di kedai-kedai jam mempunyai rekabentuk yang lebih radikal. Bukan setakat bersaiz besar, rekabentuknya lebih retro dan modern. Konsep rekabentuknya lebih kepada sporty dan contemporary dan menarik minat golongan muda dan eksekutif. Dari rekabentuk watch case sehinggalah bracelet ataupun strap, semuanya memaparkan citarasa yang berbeza dan terkini. Agak keterlaluan jika dianggap futuristic, namun begitulah hakikatnya rekabentuk jam tangan terkini. Cuba lihat pada jam tangan Seiko! Rekabentuknya secara keseluruhan adalah dikira masih orthodox. Fesyen lama! Pattern yang sudah wujud hampir lebih sedekat yang lalu masih ada di pasaran! Cuba anda bandingkan dengan Casio dan Citizen. Rekabentuknya lebih radikal dan lebih menarik. Jam Seiko, hmhhhh... boring. Penggunaan material masih di takuk lama dan rekabentuk dial masih "plain" ataupun kurang daya penarik. Cuba perhatikan! Berapa banyak jam tangan Seiko yang bukan jam diver yang menggunakan tali getah? Berapa banyak jam tangan Seiko yang menggunakan PVD finishing? Kalau ada pun, cuma keluaran yang terkini sedangkan pesaing-pesaingnya terlebih dahulu mengeluarkan jam-jam tangan yang sebegitu.

Jam tangan bukanlah sesuatu yang menjadi keperluan semata-mata. Kini ia dikira sebagai fesyen. Ramai antara kita yang mempunyai lebih dari satu jam tangan. Satu untuk pakai waktu bersukan. Satu pakai untuk ke pejabat, dinner function, menyelam dan berenang, dll. Jika berpakaian, jam tangan sudah menjadi syarat dalam fesyen. Warna jam. Warna tali jam. Semuanya dikira fesyen. Kerana itu designers' brand lebih menjadi pilihan. Lihat pada Seiko. Tiada rekabentuk yang versatile bagi mengikuti citarasa pengguna yang mementingkan fesyen!
Al-fulus! Harga memang memainkan peranan penting dalam membuat pilihan ketika membeli jam tangan. Namun adakalanya jenama dan rekabentuk menjadi keutamaan. Dari segi harga, cuba anda bandingkan harga Seiko dengan jenama-jenama lain. Anda boleh mendapat jam tangan jenama lain yang mempunyai rekabentuk lebih menarik berbanding Seiko dan umum masih beranggapan yang Seiko adalah jenama murahan. Namun tidaklah semurah yang kita pernah nikmati lebih sedekat yang lalu. Harga Seiko kini jauh lebih mahal. Yang murah hanyalah jam Seiko 5 yang mempunyai rekabentuk ala atuk, tokwan, ataupun pak ngah! Jika dibanding dengan harga yang setara dengan Fossil atau Nautica, Seiko agak kurang menarik. Kurang dari segi rekabentuk. Jenama lain lebih menarik. Produk elit Seiko seperti Superior, Premier, Velatura Series, dan Bright dijual pada harga yang agak mahal. "Kalau sampai dua tiga riban, elok wa beli Tag Heuer bro... Mido ke, Tissot...". Itulah komen seorang sahabat apabila menemani dia membeli jam tangan di Isetan Kuala Lumpur beberapa minggu yang lalu. Tidak dapat di nafikan, jenama Seiko masih dianggap jenama murahan. Membeli jam tangan Seiko yang harganya ribuan ringgit masih bukan pilihan pasaran di Malaysia. Dengan harga yang berpatutan dan hampir setara, jenama lain lebih menarik minat pembeli berbanding Seiko. Harga jam tangan Seiko naik mendadak sejak dua tiga tahun kebelakangan ini. Rekabentuk masih di takuk lama! Adakah berbaloi untuk dimiliki?
Casio adalah jenama jam tangan yang menaja pasukan Formula One Redbull. Hampir saban tahun, Casio melancarkan jam tangan terbaru keluaran mereka di acara tahun di Basel, Switzerland. Begitu juga Citizen. Kedua-dua jenama ini telah mengambil ranking pertama dan kedua sebagai pengekspot jam tangan terbesar dari negara Jepun. Seiko kini di tempat ketiga. Usah bertanya atau mengkaji dengan mendalam akan sebab musabab mengapa Seiko kini di tempat ketiga dan cuma mampu mengatasi Orient yang dilihat bakal menjadi pesaing hebatnya tidak lama lagi. Lihat sahaja di ruang pameran di kedai-kedai jam. Bandingkan keluaran jam tangan Seiko yang terbaru dengan jenama Citizen dan Casio. Memang tidak adil kita bandingkan Seiko dengan Casio kerana Seiko bukanlah pengeluar jam tangan digital. Namun, bandingkan jam-jam tangan analogue! Casio mempunyai rekabentuk lebih radikal dan modern. Analogue Chronograph Casio jauh lebih menarik dengan susunan jarum, dial, dan counter yang lebih retrograde dan modern. Begitu juga Citizen. Usah dikira samada quartz, Eco-Drive, Tough Solar, ataupun Solar. Citizen dan Casio lebih menyerlah. Anda tidak percaya, cuba perhatikan... kini ramai yang memakai Casio analogue chronograph berbanding Seiko 7Txx series! Lihat pula Citizen untuk siri digital-analogue! Lebih modern, multi-function, dan lebih menarik.

Sejak negara China muncul sebagai kuasa besar ekonomi dunia, banyak pengeluar-pengeluar barangan fesyen mengeluarkan jam tangan jenama sendiri di negara tersebut. Bahkan Seiko turut mengeluarkan sebahagian dari komponen jam tangannya di sana. Ini adalah kerana kos pembuatan di negara China adalah jauh lebih murah. Kekuatan jam tangan designers’ brand bergantung kepada rekabentuk dan jenama itu sendiri. Dari segi rekabentuk dan harga, mereka mempunyai kelebihan dari segi factor harga dan tarikan fesyen terkini. Lihat jenama seperti Nautica, Tommy Hillfiger, Hugo Boss, Armani Exchange, Fossil, Calvin Klein, Guess, DKNY, FCUK, dan lain-lain; harganya berpatutan dan menawarkan rekabentuk yang lebih menarik. Kebanyakan jenama-jenama ini lebih dikenali sebagai jenama mahal, jenama orang kaya! Memiliki jenama-jenama seperti ini menjadi kebanggaan kepada pemiliknya. Seiko, hanya pada mereka yang mengenali dan meminati teknologi pembuatan jam dan jenama itu sendiri! Designers’ brands secara umumnya memang menjadi pilihan pengguna.

Jenama Seiko memanglah satu jenama yang mampu dimiliki oleh golongan pengguna pertengahan dan bawahan. Namun, pesaing-pesaing Seiko kini mempunyai kelebihan dari segi rekabentuk dan factor harga. Ini member ruang kepada pesaing-pesaing Seiko untuk member saingan hebat. Mungkin ini terdorong oleh faktor mood pembeli dan kekuatan jenama masing-masing. Yang pastinya rekabentuk pesaing-pesaing Seiko lebih relevant dan mengikut trend semasa. Tidak dinafikan kualiti Seiko lebih baik berbanding pesaingnya, namun bukan semua produk Seiko benar-benar berkualiti. Bagi kebanyakan model-model Seiko yang menggunakan komponen yang diperbuat di Negara China dan di pasang di luar Jepun perubahan dari segi kualitinya amat ketara. Semakin menurun. Sebagai contoh, keluaran awal Seiko “orange monster” diver lebih bermutu berbanding keluaran yang terkemudian. Begitu juga model-model yang menggunakan movement 7S26, 7S36, dan 7Txx quartz chronograph; kualitinya makin berkurangan berbanding kelas yang sama keluaran Citizen dan Orient. Bahkan Casio tidak kurang hebatnya. Namun, dari segi pilihan pembeli ini bukanlah perkara pokok. Yang penting adalah rekabentuk, saiz, dan harga. Seiko agak ketinggalan dalam menarik minat pembeli.

“Aku rasa kalau Seiko terus macam nih, lekat la jenama jam ni sebagai jam pakcik-pakcik atau jam tok wan. Orang muda la ni suka fesyen... kata sorang haji kat masjid aku. Lepa suka jam yang besaq-besaq dan nampak ranggi... dia ni orang Kedah! Kalu tahun 60an dengan 70an dulu Seiko ni memang Champion... nostalgia, kata dia lagi. Memang. Kalau tanya taukeh-taukeh jam memang begitulah adanya. Diskaun Seiko paling tinggi pun dah kira standard - 25% jeh. Pandai bodek, dapat la lagi murah. Nak kata Seiko jam murah, tak la murah. Jam lama atau vintage Seiko ada laa yang murah-murah. Tapi tak semua murah bekkk... kata Hassan Detikduabelas. Aku sendiri dah naik cemoih dengan design Seiko... samaaaaa jeh. Cuba ngkorang nengok Casio chronograph! Syurrrr... Haaa, nengok plak Citizen Eco-Drive baru. Cunnn beb! Jam-jam designer punnn... Bila la Seiko nak buat jam mampu milik dengan design yang canggih dan relevan? Satu pertanyaan yang taukeh Seiko jeh yang boleh jawab. Motaro San, annataaaa neh...Haitttttt. Arigato guzaimas. Phewwwww...” –


Demikianlah Artikel Seiko Bukan Lagi Pilihan Ramai

Sekian dari kami, mudah mudahan artikel Seiko Bukan Lagi Pilihan Ramai, bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sekian postingan dari kami . salam Ayo Hidup Sehat !! .

Anda sedang membaca artikel Seiko Bukan Lagi Pilihan Ramai dan artikel ini url permalinknya adalah http://anekajam-onlinestore.blogspot.com/2011/07/pendapat-seiko-bukan-lagi-pilihan-ramai_13.html
Artikel jam Terbaru Lainnya jamn,Seiko Bukan Lagi Pilihan Ramai
arloji, daftar merk, jam, jam tangan, jamtangan, jual jam tangan, alexander christie, alexandre christie, jam tangan replika, replika jam, jual jam tangan kw1, kw 1, JAM RANTAI, JAM KULIT, JAM TANGAN MURAH, HARGA JAM TANGAN, TOKO JAM TANGAN ONLINE, JAM TANGAN REPLIKA MURAH, JAM TANGAN PRIA DAN WANITA, JAM TANGAN COUPLE, JAM TANGAN SPORT, JAM TANGAN GAUL, jam monol, jam tangan ripcurl, jam tangan rip curl, jam swatch, jam tag heuer, jam tangan eiger, gambar jam tangan, harga g-shock, jam tangan fossil, jam tangan odm, swiss army, jam tangan original, jam guess, jam casio, casio , jam kw, jam tangan guess, jam tangan handphone, replika jam tangan, jam tangan tissot, jamtangan replika, merk terkenal, dijual jam tangan, JAM TANGAN MONOL, JAM CASIO MURAH, alexander, alexander christie, monol, ripcurl, swatch, heuer, eiger, g-shock, fossil, odm, swiss army, guess, tissot, jam tangan, arloji, jam tangan mekanik, jam tangan manual, manual winding, jam tangan otomatis, jam tangan automatic, arloji kuno, arloji antik, arloji vintage, jual jam tangan, jual arloji, jual jam tangan rolex, tudor, breitling, omega, patek philip, omega, enicar, eterna, rado, mido, seiko, seiko bellmatic, seiko chronograph, titoni, titus, tissot, citizen, ricoh, orient, bulola, fortis, iwc, longines, nelson, garuda, swatch, universal, vulcain, vostok, poljot, raketa, rusia, pontiac, cyma, camy, west end watch, roamer, cortebert, sandoz, swiss made, jewels, chronometer, chronograph

0 Response to "Seiko Bukan Lagi Pilihan Ramai"

Posting Komentar