Cermin (Crystal) Pada Jam Tangan

Cermin (Crystal) Pada Jam Tangan - Hallo sahabat jAM, Pada kali ini kita memberikan info menarik tentang jam yang berjudul Cermin (Crystal) Pada Jam Tangan, saya telah menyediakan artikel artikel menarik tenatang jam tentunya mudah-mudahan isi postingan yang saya tulis ini dapat anda memberikan maanfaat bagi yang membacanya.

Tentang : Cermin (Crystal) Pada Jam Tangan
Apa yang terjadi : Cermin (Crystal) Pada Jam Tangan

lihat juga


Cermin (Crystal) Pada Jam Tangan

"Kawan, ini jam Swiss grade punya. Ini cermin ha, sapphire crystal, ta bole calar punya. Kata sorang mat bangla penjual jam tiruan di P.S. Betul ke sapphire crystal? Sapphire crsytal mahal. Tak kan jam RM650 pakai Sapphire Crystal...hmmmhhhh "

Apa itu crystal pada jam tangan?
Crystal adalah terma (term) yang digunapakai untuk cermin jam. Dari segi sifat, crystal atau kristal dalam ejaan Bahasa Malaysia adalah bahan mineral yang lutsinar dan terlalu jernih. Apabila dipasang pada jam tangan, ia membolehkan dial dan pergerakan jarum dapat dilihat dari segenap sudut. Bergantung kepada jenis dan ketebalan, crystal menjadi pelindung kepada dial dan jarum jam. Bukan setakat menjadikan dial jarum kelihatan jelas, ia juga menahan dari habuk, air, dan benda asing yang lain dari memasuki jam tangan.

Acrylic
Acrylic atau plastic adalah merupakan bahan terawal digunakan pada jam tangan. Sifatnya yang mudah ditempa dan dibentuk mengikut rekabentuk sesebuah jam tangan menyebabkannya digunakan oleh industri pembuatan jam dalam jangkamasa yang agak lama. Kosnya juga rendah. Jam tangan menggunakan acrylic atau plastik masih wujud sehingga sekarang namun hanya digunakan pada jam-jam digital dan jam-jam yang berharga rendah. Jam Swatch masih lagi mengekalkan penggunaan acrylic pada sebahagian besar produk-produknya. Kelebihan yang ada pada acrylic ialah ianya tidak mudah pecah berderai (shattered) tetapi mudah calar dan retak. Warnanya juga akan menjadi kekuningan setelah melalu tempoh yang agak lama. Ini boleh kita lihat pada jam-jam vintage sebelum pertengahan tahun 70an. Acrylic mudah digilap (polish) untuk menghilangkan calar-calar halus dengan menggunakan bahan-bahan pengilat yang non-abbresive. Sebelum tahun 70an, kebanyakkan jam penyelam (diver’s watch) yang kalis air menggunakan thick-acrylic atau acrylic tebal bagi mengekang crystal daripada retak semasa jam digunakan di tahap kedalaman yang tertentu.

Omega Seamaster vintage menggunakan acrylic. Crystal jam Omega yang asli terdapat logo Omega pada bahagian bawah-tengah (bulatan).

Mineral Glass
Mineral glass atau kaca mula digunakan di awal tahun 70an. Ia dipelopori oleh pengeluar-pengeluar jam penyelam yang yakin bahawa jam akan tahan lebih banyak tekanan (water depth pressure) dengan menggunakan bahan kaca yang keras (hardened glass). Bukan itu sahaja, gelas yang tebal dan berbentuk dome pada jam penyelam memudahkan waktu pada dial dilihat di setiap sudut ketika berada di dalam air. Trend jam sport yang bermula pada penghujung tahun 60an juga menyaksikan banyak jam-tangan seperti itu menggunakan bahan kaca. Seiko, peneraju jam tangan sport dari Jepun menggunakan Hardened Mineral Glass pada jam-jam tangannya. Pembuatan crystal jam tangan sport Seiko yang berbentuk dome dan adakalanya kelihatan melengkung dipanggil Hardlex Glass. Mineral glass yang bersifat keras dan dibuat tebal memang tahan lasak untuk kegunaan jam sport seperti chronograph dan diver. Namun, mineral glass mudah calar, retak, dan sopek (chipped) jika terkena hentakan yang kuat. Mineral glass mudah digilap menggunakan bahan-bahan non-abbresive. Namun, calar yang ada tidak mudah dihilangkan melainkan dengan teknik glass-buffing.

Sapphire Cyrstal
Pengeluar jam Swiss berjenama Rolex menetapkan sapphire crystal sebagai standard kepada kesemua jam-jam tangan keluarannya. Crystal jam yang diperbuat untuk jam tangan adalah sythetic sapphire yang mempunyai kekerasan tinggi hampir kepada berlian (diamond). Sapphire dan ruby yang diklasifikasikan sebagai Corundum berada diskala 400 mengikut tahap kekerasan. Sapphire crystal tidak mudah calar dan retak dan hampir sama tahap lutsinar dan kejernihannya dengan kaca. Namun begitu, pada tahap hentaman (hostile bang or stress) yang tertentu, sapphire crystal lebih mudah sopek berbanding kaca. Kerana itu, jam tangan Rolex menggunakan sapphire crystal yang agak tebal. Seperti kaca, sapphire crystal mudah digilap menggunakan bahan non-abbresive.

Rolex menggunakan sapphire crystal yang agak tebal. Ini jelas kelihatan pada model Rolex Explorer I di atas.

Anti-reflective Coating
Crystal pada jam tangan adakalanya menyerap bayangan (reflex) dan cahaya. Ini menggangu pembacaan waktu pada dial. Breitling, pengeluar jam tangan sport dari Switzerland adalah antara pengeluar yang mula-mula menggunakan anti-reflective coating pada jam-jam tangan keluarannya. Ia menggunakan teknik yang sama digunakan pada lensa-lensa kamera bagi memantulkan (reflective) bayangan dan cahaya. Bahan anti-reflective yang disalut dibahagian bawah crystal membolehkan waktu dibaca pada setiap keadaan. Crystal jam yang mempunya anti-reflective coating akan kelihatan kebiru-biruan pada tepinya dan jika dipandang pada sudut tertentu.

Breitling Super Ocean menggunakan anti-reflective coating. Crystalnya nampak kebiru-biruan seperti gambar di atas.

Anti-reflective Sapphire Glass
Anti-reflective sapphire glass mula digunakan oleh jenama-jenama elit Swiss mulai pertengahan tahun 2000. Jam tangan Panerai siri terbaru menggunakannya sebagai satu standard. Begitu juga jenama Patek Philippe, Audemars Piguet, Omega, Tag Heuer, dll. Kelebihan anti-reflective sapphire glass adalah gabungan ketahan sapphire crystal dan bahan campurannya yang mampu memantulkan bayangan dan cahaya. Tidak seperti anti-reflective coating, anti-reflective sapphire glass tidak menampakkan warna kebiru-biruan pada crystal jam.

"Negara China adalah antara pengeluar terbesar synthetic sapphire di dunia. Kerana itu, ada jam-jam tangan tiruan dari negara China yang dipanggil 'Swiss Grade' menggunakan sapphire crystal. Ada juga sapphire crystal tiruan yang menggunakan treated glass yang tidak mudah calar. Pada hakikatnya, sapphire crystal tiruan tetap akan calar apabila treatment-coatnya tanggal pada suatu tempoh tertentu. Harga sapphire crystal agak mahan berbanding jam tangan tiruan grade swiss itu sendiri!"


Demikianlah Artikel Cermin (Crystal) Pada Jam Tangan

Sekian dari kami, mudah mudahan artikel Cermin (Crystal) Pada Jam Tangan, bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sekian postingan dari kami . salam Ayo Hidup Sehat !! .

Anda sedang membaca artikel Cermin (Crystal) Pada Jam Tangan dan artikel ini url permalinknya adalah https://anekajam-onlinestore.blogspot.com/2010/09/pengetahuan-cermin-crystal-pada-jam_30.html
Artikel jam Terbaru Lainnya jamn,Cermin (Crystal) Pada Jam Tangan
arloji, daftar merk, jam, jam tangan, jamtangan, jual jam tangan, alexander christie, alexandre christie, jam tangan replika, replika jam, jual jam tangan kw1, kw 1, JAM RANTAI, JAM KULIT, JAM TANGAN MURAH, HARGA JAM TANGAN, TOKO JAM TANGAN ONLINE, JAM TANGAN REPLIKA MURAH, JAM TANGAN PRIA DAN WANITA, JAM TANGAN COUPLE, JAM TANGAN SPORT, JAM TANGAN GAUL, jam monol, jam tangan ripcurl, jam tangan rip curl, jam swatch, jam tag heuer, jam tangan eiger, gambar jam tangan, harga g-shock, jam tangan fossil, jam tangan odm, swiss army, jam tangan original, jam guess, jam casio, casio , jam kw, jam tangan guess, jam tangan handphone, replika jam tangan, jam tangan tissot, jamtangan replika, merk terkenal, dijual jam tangan, JAM TANGAN MONOL, JAM CASIO MURAH, alexander, alexander christie, monol, ripcurl, swatch, heuer, eiger, g-shock, fossil, odm, swiss army, guess, tissot, jam tangan, arloji, jam tangan mekanik, jam tangan manual, manual winding, jam tangan otomatis, jam tangan automatic, arloji kuno, arloji antik, arloji vintage, jual jam tangan, jual arloji, jual jam tangan rolex, tudor, breitling, omega, patek philip, omega, enicar, eterna, rado, mido, seiko, seiko bellmatic, seiko chronograph, titoni, titus, tissot, citizen, ricoh, orient, bulola, fortis, iwc, longines, nelson, garuda, swatch, universal, vulcain, vostok, poljot, raketa, rusia, pontiac, cyma, camy, west end watch, roamer, cortebert, sandoz, swiss made, jewels, chronometer, chronograph

0 Response to "Cermin (Crystal) Pada Jam Tangan"

Posting Komentar